Khatan Bayi Lelaki Bersama Doktor Pakar
Price List
| Kaedah | Harga |
|---|---|
| Laser/Diathermy (Dilakukan Oleh Doktor Pakar) | RM 500 |
Umur: Newborn – 4 bulan sahaja
TIPS KHATAN BAYI
Panduan ini disediakan khas untuk ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan bayi mereka. Ia merangkumi persediaan, proses, serta penjagaan selepas khatan bagi memastikan pengalaman ini berjalan lancar dan selesa untuk si manja.
⸻
Tips Khatan Bayi 1 : Persediaan Sebelum Khatan
Persediaan Mental
Pastikan ibu bapa bersedia secara mental sebelum melangkah ke klinik. Fahami proses khatan dengan bertanya kepada doktor dan ketahui bahawa prosedur ini tidak menyakitkan (painless). Keyakinan ibu bapa akan membantu bayi berasa lebih tenang.
Susu
Susukan bayi sebelum datang ke klinik. Bayi yang kenyang biasanya lebih tenang dan kurang meragam.
Pacifier (Puting Susu)
Bawa pacifier atau puting susu kegemaran bayi. Jika bayi terasa tidak selesa ketika proses, pacifier boleh membantu menenangkannya semula.
Lampin
Bawa lampin bersih lebih daripada satu untuk penukaran selepas prosedur.
Pakaian Longgar
Pakaikan bayi dengan pakaian yang longgar dan selesa supaya tidak menekan kawasan yang telah dikhatankan.
⸻
Tips Khatan Bayi 2 : Apa Yang Dijangka Semasa Proses Khatan?
Sebaik tiba di klinik, doktor akan menerangkan secara terperinci mengenai proses khatan. Jangan segan untuk bertanya jika ada sebarang persoalan atau kebimbangan.
1.Proses Bermula
•Bayi akan dibaringkan di atas meja pemeriksaan.
•Ubat bius diberikan menggunakan jarum halus pada pangkal zakar. Bayi mungkin menangis, bukan kerana sakit, tetapi kerana tidak selesa.
2.Kedudukan Bayi
•Pembantu klinik akan memegang kaki bayi dalam posisi katak (frog position) sepanjang prosedur.
•Tangisan bayi ketika ini adalah normal, lebih kepada rasa tidak selesa dipegang dan dibaringkan.
3.Keberkesanan Bius
•Doktor akan menguji keberkesanan bius sebelum memulakan prosedur untuk memastikan bayi tidak merasa sakit.
4.Peranan Ibu Bapa
•Kekal tenang agar bayi turut merasa selamat.
•Jika tidak sanggup melihat proses, ibu bapa boleh menunggu di luar sehingga selesai.
5.Selepas Prosedur
•Lampin baru akan dipakaikan dengan sedikit longgar.
•Bayi biasanya tenang kerana bius masih berkesan.
•Ubat tahan sakit dalam bentuk syrup akan dibekalkan. Berikan secara berkala (setiap 5–6 jam) bagi mengurangkan kesakitan apabila kesan bius mula hilang.
Prosedur Laser: Jahitan akan terbuka sendiri dalam masa 7 hari tanpa perlu ke klinik.
Nota Tambahan:
•Bengkak seperti belon air mungkin muncul, tetapi ia hanyalah kesan bius dan akan hilang sepenuhnya selepas 2 minggu.
•Kadangkala kelihatan seperti keruping nanah, namun ia hanyalah cecair normal yang akan kering dan tertanggal dengan sendiri.
⸻
Tips Khatan Bayi 3 : Penjagaan Selepas Khatan
Kencing
Bayi tidak sepatutnya menghadapi masalah untuk kencing. Jika terdapat kesukaran, segera hubungi klinik. Selepas kencing, boleh dicuci dengan air atau menggunakan wet wipes. Pastikan kawasan kemaluan dikeringkan dengan tuala, tisu, atau kipas mudah alih.
Najis
Jika bayi berak atau kencing, tukar lampin dengan segera. Elakkan lampin yang kotor dibiarkan lama bagi mencegah jangkitan.
Pakaian Longgar
Pakaikan lampin dan seluar yang longgar sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Mandi
Bayi boleh dimandikan seperti biasa, tetapi berhati-hati agar tidak mencederakan atau mengganggu kawasan yang telah dikhatankan.
Susu Badan
Teruskan penyusuan badan selepas khatan. Susu ibu mengandungi sifat anti-kesakitan semula jadi yang dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan bayi dan mempercepatkan penyembuhan.
⸻
Dengan persediaan yang betul, proses khatan bayi akan menjadi pengalaman yang selesa dan selamat untuk si manja.
Jika ada sebarang kebimbangan selepas prosedur, jangan ragu untuk menghubungi klinik.



Opening Hours
For any enquiries or to confirm our schedule, please contact us
Book A Visit
Schedule your visit in just a few clicks
